Sunday 22 September 2013

Vitamin Semulajadi vs Vitamin sintetik


Assalamualaikum
Bila bercakap pasal vitamin, rasanya majoriti pun dah tahu kan apa itu vitamin. Dan semakin ramai juga yang sedar tentang pengambilan vitamin sebagai makanan tambahan dalam kehidupan seharian. Tetapi, mungkin masih ramai yang belum tahu tentang perbezaan vitamin sintetik dan vitamin semulajadi.
Secara ringkasnya, vitamin semulajadi adalah vitamin yang diekstrak dari sumber semulajadi. Manakala vitamin sintetik pula dibuata daripada tindak balas kimia. Sebagai contohnya vitamin c sintetik dihasilkan  daripada  gabungan bahan-bahan yang mengandungi karbon, oksigen dan hidrogen dan digabungkan sehingga membentuk bahan yang mempunyai formula C6H806.
Perbezaan paling ketara diantara kedua-dua vitamin ini adalah dari segi harganya. Oleh kerana kos penghasilan yang tinggi bagi memastikan keasliannya, menyebabkan vitamin semulajadi ini lebih mahal dari vitamin sintetik.



Ramai yang masih keliru tentang perbezaan antara vitamin semulajadi dan sintetik. Bagi kebanyakan orang, vitamin, walau apapun sumbernya, sama sahaja. Atas dasar ini, ramai yang memilih untuk mendapatkan vitamin yang paling murah, tanpa mempedulikan sumbernya. Yang penting, ia tetap vitamin.

Tapi tahukah anda, 95% daripada vitamin yang terdapat di pasaran adalah sintetik?. Walaupun murah, sebenarnya vitamin sintetik boleh memudaratkan anda......

Jom tengok apa perbezaan antara vitamin semulajadi dan sintetik....


1. Penghasilan


-Vitamin semulajadi dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Ia lengkap dengan komponen penting seperti yang terdapat bersama-sama dengan vitamin secara semulajadi seperti enzim dan co-factors. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

-Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.


2.Keserasian dengan badan


-Vitamin semulajadi dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

-Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik. Juga vitamin E sintetik mungkin diperbuat daripada bahan petroleum!!

3. Harga

-Vitamin semulajadi tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

-Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

4. Kesan kepada tubuh badan

-Vitamin semulajadi mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

-Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. Kesan jangka panjang

-Vitamin semulajadi tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

-Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.


Final words:


Vitamin sintetik: diibaratkan seperti buah-buahan plastik yang berperisa. Anda dapat rasa buahnya, tapi sangat kurang khasiatnya.


Vitamin organik: diibaratkan seperti jus buah-buahan dalam kotak. Kira okla, tapi ia mungkin mengandungi bahan-bahan seperti pengawet.


Vitamin semulajadi: diibaratkan seperti buah-buahan sebenar. You get what you eat :)



So, buatlah pilihan yang bijak. Pilih yang semulajadi untuk kesihatan yang optimum.


Berminat untuk tahu lebih lanjut?

Hubungi kami:

Ziela Mael / Nor Arzila (905867)

FB Page: Ziela Mael / Healthy Beauty Shaklee
Email: azila756@yahoo.com
sms / whatsapp: 01129933673
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...